Posts

Showing posts from October, 2020

E-Folio Etika Dan Peradaban(Perpaduan Di Malaysia)

Image
                                                E-FOLIO MPU21032 TAJUK: PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: PUAN SURIA BINTI EMBONG NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR MATRIK: NurulQuratulAin binti Redzuan (19DPM20F1049) IzzatulMaisarah binti Rosli (19DPM20F1052) NurSyafiqah binti Rahasnoraliza (19DPM20F1034) Ashwiniy a/p palaniappan (19DPM20F1068) PENGENALAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. PENDAHULUAN Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kau